TOKYO: Pelari Bahamas, Shaunae Miller-Uibo berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara 400m di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Kejayaan itu hadir 24 jam selepas rakan senegaranya, Steven Gardiner meraih pingat emas dalam acara 400m lelaki.
Pelari berusia 27 tahun itu mencatakan masa 48.36s manakala Maileidy Paulino dari Rpublik Dominica meraih pingat emas dan Allyson Felix dari Amerika Syarikat meraih pingat gangsa.
Sementara itu, Joshua Cheptegei berjaya meraih pingat emas dalam acara 5,000m selepas mengatasi juara dua kali, Mo Farah dari Great Britain.
Dia juga berjaya menebus kekecewaannya apabila meraih pingat perak dalam acara 10,000m.
Pelari berusia 24 tahun dari Uganda itu membuat rekod dunia baharu dengan catatan 12 minit 58.15s
Palari Kanada, Mohammed Ahmed meraih pingat perak dengan 12:58.61 manakala Paul Chelimo dari AS meraih pingat gangsa dengan catatan masa 12:59.05.-AFP