Ellie Suryati tertarik dengan karya seram - Utusan Malaysia

Ellie Suryati tertarik dengan karya seram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon berkaliber, Ellie Suryati mengakui suka berlakon dalam naskhah berunsur seram kerana baginya itu adalah suatu perkara menarik sebagai pelakon untuk menerokai lebih mendalam pada watak yang melibatkan elemen misteri.

Bagi Ellie, lakonan yang dikategorikan sisi gelap atau Dark Side itu lazimnya tidak mudah untuk dipersembahkan di skrin berbanding kisah percintaan atau cerita realiti lain.

“Saya selalu tertarik dengan misteri. Bila baca skrip, kita (pelakon) akan tahu tuntutan watak itu nanti bagaimana.

“Tetapi untuk memainkan peranan sebagai pelakon, ada ketakutan secara peribadi yang timbul sebab kadang-kadang terlalu menghayati watak itu.

“Justeru, amat penting sebagai pelakon memahami teknikal lakonan. Supaya tahu nak membawa watak tersebut pada satu tahap yang sesuai, sama ada nak beri lebih atau kurang,” ujarnya yang gemar melakonkan naskhah seram.

Ellie yang berkata demikian pada sidang media Malaysian Ghost Stories (MGS) baru-baru ini, pelakon baharu perlu menerokai lebih lagi untuk permainan watak yang sedia ada dan jangan takut untuk mencuba.

Sebagai informasi, MGS bakal menemui penonton menerusi saluran Astro Ria, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 11 malam bermula 25 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya