Dua pemungut telur penyu dihukum mati - Utusan Malaysia

Dua pemungut telur penyu dihukum mati

FAIZOL Aznan Muhamad (dua, dari kiri)  dan Mohd. Riduan Ismail dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh rakan mereka yang juga pemungut telur penyu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua pemungut telur penyu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki, lima tahun lalu.

Hakim, Datuk Zainal Azman Ab. Aziz, menjatuhkan hukuman itu terhadap Faizol Aznan Muhamad, 40, dan Mohd. Riduan Ismail, 32, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa membunuh Razak Abdullah, 45, yang juga merupakan pemungut telur penyu di tepi Pantai Geliga berhadapan Sekolah Kebangsaan Seri Geliga kira-kira pukul 7 pagi, pada 3 Jun 2016.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun sama yang memperuntukan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah dan Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail dan Ghazali Ismail. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya