Dua mangsa hilang dalam kejadian kepala air belum ditemukan

Dua mangsa kepala air belum ditemukan

SEBAHAGIAN anggota daripada pelbagai agensi yang menyertai SAR dua mangsa yang hilang dalam kejadian kepala air di muara sungai di Yan, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian kepala air di kawasan air terjun Titi Hayun dan Batu Hampar di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu masih belum ditemukan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, operasi mencari menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat hari ini membabitkan kekuatan seramai 400 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi dengan radius pencarian kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

“Bermula hari ini juga, pihak Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) membantu dengan melakukan rondaan di kawasan muara sungai.

“Dengan penambahan keanggotaan ini, kita berharap kedua-dua mangsa yang masih hilang itu dapat ditemui,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini petang tadi.

Dua mangsa yang dilaporkan hilang dikenal pasti sebagai Ridwan Poniman dan Ku Shuib Ku Abdullah, 93.

Menurutnya, operasi SAR turut dilakukan dengan menggunakan jentera seperti jengkaut yang mana terdapat kemungkinan mangsa tertimbus di bawah timbunan batang pokok dan batu.

“Terdapat beberapa petunjuk dan kita telah plotkan kawasan tersebut dan pencarian dilakukan dengan lebih mendalam termasuk melakukan kerja-kerja menggali serta menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9),” ujarnya.

Shahnaz pada masa sama turut menasihatkan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turun menghulurkan bantuan makanan dan tenaga membersihkan kawasan rumah terjejas agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19.

“Kita dapat lihat memang ramai NGO yang turun dan saya juga ingin menasihatkan kepada mereka supaya mendaftar terlebih dahulu dengan pusat kawalan operasi bencana supaya bantuan dapat diselaraskan dengan teratur,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga telah bertindak menutup kawasan terjejas bencana bagi mengelak orang awam masuk dan berkumpul di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya