“Dua kali Covid-19, Aeril sudah sembuh” – Wawa Zainal - Utusan Malaysia

“Dua kali Covid-19, Aeril sudah sembuh” – Wawa Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Wawa Zainal memaklumkan suaminya, Aeril Zafrel kini sudah sembuh daripada Covid-19 buat kali kedua selepas menjalani kuarantin kendiri pada 4 Ogos lalu.

Berkongsi di Instagram, Wawa bersyukur kerana Aeril bebas daripada wabak yang mampu meragut nyawa insan tersayang.

“Alhamdulillah Aeril sudah pun habis kuarantin. Dua kali positif Covid tahun ini, terima kasih Ya Rab Engkau masih pinjamkan dia (Aeril) buat kami.

“Pinjamkanlah kesayangan ku ini Ya Rab hingga ke hari-hari tua kami. Perkenankanlah Ya Rab,” tulis Wawa.

Wawa juga berpesan kepada orang ramai agar terus menghargai pasangan selagi masih ada.

“Ciptalah memori indah bersamanya. Terima kasih Allah semoga kita semua dipelihara dan dilindungi daripada Covid-19 yang semakin mengganas,” tulisnya.

Terdahulu, Aeril mengesahkan dirinya dijangkiti wabak itu selepas kali pertama positif pada Januari lalu.

Sementara itu, menerusi perkongsian Wawa pada 6 Ogos lalu memaklumkan dirinya dan tiga cahaya mata mereka negative Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya