“Doktor kata lagi seminggu akan okey....” - Tahap oksigen Fazli Zainal semakin stabil - Utusan Malaysia

“Doktor kata lagi seminggu akan okey….” – Tahap oksigen Fazli Zainal semakin stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan penyanyi, Fazli Zainal kini ditahap stabil  dan dia tetap memohon doa serta berharap dikurnia kesembuhan seperti sedia kala.

Kata Fazli, perkembangan hari ini, dia sudah menggunakan satu oksigen berbanding dua oksigen ketika dimasukkan ke Hospital Ampang pada 31 Julai lalu selepas tahap oksigennya menurun sehingga 75 peratus.

“Tadi doktor periksa tahap oksigen dalam badan saya masih 93 peratus. InsyaAllah dalam seminggu ini saya akan okey.

“Jadi saya kena rajin bersenam untuk melatih paru-paru saya dengan banyakan bercakap, berdiri, duduk dan zikir untuk terapi.

“Hari ini oksigen, saya sepatutnya pakai dua tetapi ada perkembangan baik,” ujarnya di Instagram sewaktu sesi siaran langsung.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Harapan dan Sejuta Nafas Cinta itu berkongsi, dia sudah dapat melakukan solat tahajud dua hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya