Digugurkan dari Kabinet, Dr. Zulkifli doakan moga negara ini terus makmur

Digugurkan dari Kabinet, Dr. Zulkifli doakan moga negara ini terus makmur

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yakin dengan barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Dalam satu kenyataan, beliau mengucapkan tahniah kepada semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan Kabinet, khususnya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary,” katanya.

Ismail Sabri mengumumkan senarai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ iaitu pasukan pengurusan yang bekerja bersama rakyat.

Mengumumkannya di Perdana Putra, beliau membentuk Kabinet itu yang juga satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia.

Dalam kenyataan itu juga, Zulkifli memohon maaf jika pernah mengguris mana-mana pihak yang pernah bekerja rapat ketika beliau menjawat jawatan itu.

“Mohon maaf kepada semua barisan agensi-agensi agama peringkat Persekutuan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri andai ada yang saya terkasar bahasa sepanjang kita sama-sama bekerja.

“Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era endemik Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya