“Dia seorang suami dan ayah yang sangat baik” - Bapa Amelya Azizan meninggal dunia - Utusan Malaysia

“Dia seorang suami dan ayah yang sangat baik” – Bapa Amelya Azizan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Amylea mengesahkan bapa tercinta, Azizan Zainal Abidin, 62, telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Sebelum ini, penyanyi Kendati dan Tak Pernah Hilang itu, memaklumkan kondisi kesihatan bapanya semakin merosot akibat selepas demam yang dijangkiti kuman sekitar bulan Julai lalu.

“Saya telah kehilangannya buat selamanya. Tiada sakit yang lebih memilukan daripada kehilangan seorang ayah atau emak. Allah SWT saja yang tahu dugaan demi dugaan.

“Ayah adalah anugerah yang dipinjamkan Allah yang mana itu lebih saya syukuri kerana dia seorang yang hebat. Terima kasih Allah pinjamkan dia untuk beberapa tahun ini, saya bangga dengannya.

“Saya sayangkan ayah sangat-sangat. Terlalu banyak budi belum saya balas… Saya berharap kita akan berjumpa di kehidupan selepas ini,” ujarnya di Instagram sebentar tadi.

Amylea juga memohon orang ramai memanjatkan doa kepadanya dan jika ada hutang Allahyarham yang belum dilangsaikan diharapkan dapat menghubungi penyanyi itu.

“Doakanlah dia ya… saya merayu sedekahkan doa buat dia. Dia seorang yang baik. Ampunkan salah silap, halalkan makan minumnya. Sekiranya ada hutang-hutang yang saya tidak tahu, tolong khabarkan pada saya,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya