Dana kilat beli alatan perubatan, bantuan pernafasan Covid-19 

Dana kilat beli alatan perubatan, bantuan pernafasan Covid-19 

DR. JAFRI MALIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (USM) atau PADU melancarkan Dana Kilat Pembelian Alatan Perubatan dan Bantuan Pernafasan Covid-19 bagi membantu hospital-hospital di seluruh negara terutama di Lembah Klang dalam merawat pesakit Covid-19. 

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Jafri Malin Abdullah berkata, sebanyak RM268,000 diperlukan segera untuk pembelian beberapa peralatan antaranya ‘high flow nasal system’, ‘patient monitor’, ‘portable ultrasound’, ‘HEPA Machine’ dan ‘Air Sterilizer’

Menurut beliau, alatan-alatan itu telah dikenal pasti sebagai keperluan utama buat masa ini dalam rawatan pesakit Covid-19. 

“Dana ini bagi membantu pesakit kritikal Covid-19 di semua hospital terutamanya di Lembah Klang yang memerlukan rawatan kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya, pada Mac tahun lalu, PADU telah melancarkan projek pembelian alat sokongan dan bantuan pernafasan yang berjaya mengumpul dana melebihi RM100,000. 

Katanya, dana itu telah digunakan untuk membeli beberapa set ‘high flow nasal system’, set helmet ‘Continuous Positive Airway Pressure Therapy (CPAP) dan Bilevel Positive Airway Pressure (BiPAP). 

“Alatan ini kemudian diagihkan ke hospital-hospital seluruh negeri antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Hospital Queen Elizabeth 1, Hospital Umum Sarawak dan Hospital USM,” katanya. 

Dalam pada itu beliau berkata, PADU turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengagihkan sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada hampir 20 hospital di seluruh negara melalui wakil di setiap hospital berkenaan. 

“Kita berharap lebih ramai tampil menghulurkan sumbangan bagi merealisasikan hasrat barisan hadapan dalam memberi rawatan efisien kepada pesakit yang semakin meningkat,” katanya. 

Jelasnya, sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) bernombor 03018010143411 dengan rujukan KILAT COVID-19. 

Penyumbang juga boleh menghubungi urusetia PADU, Roslida di talian 013-9156345 untuk mendapatkan resit sumbangan bagi tujuan pengecualian cukai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya