“Damailah adikku, kita semua pasti merindui kemesraan mu” - Erra Fazira - Utusan Malaysia

“Damailah adikku, kita semua pasti merindui kemesraan mu” – Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Damailah dikau di sana, perjuangan mu di sini telah berakhir dan kini nikmatilah taman syurga yang telah Allah janjikan,”.

Itu coretan pelakon terkenal Erra Fazira sebaik mendengar khabar sedih pemergian rakan selebriti, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi selamanya selepas berperang nyawa akibat jangkitan wabak Covid-19, hari ini.

Dalam titip salam takziah di Instagram, Erra tidak menafikan bahawa rakan selebriti, bahkan peminat akan senantiasa mengingati kebaikan dan ragam arwah ketika hayatnya.

“Allahuakbar tidak terkata bila mendengar perkhabaran ini. Ramai yang mendoakan kesembuhanmu adikku namun Allah lebih menyayangimu. Moga syurga tempatmu di sana.

“Kita semua pasti merindui kemesraan, gelak tawa, celoteh dan semestinya lantunan suara yang versatil daripada Siti Sarah Raissuddin, berdamailah kau di sana adikku,” tulis Erra.

Mengakhiri perkongsian, pelakon popular itu turut menyeru orang ramai sama-sama mendoakan buat penyanyi Kesetiaan dan Semakin agar di tempatkan bersama golongan syuhada.

“Salam takziah buat seisi keluarga khususnya Shuib dan anak-anak. Ya Allah kuatkanlah hati mereka dan kau limpahilah mereka dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Rasa kehilangan ini pastinya lebih lagi dirasai oleh mereka kau kuatkanlah semangat mereka Ya Allah.

“Sahabat semua marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat adinda yang kita sayangi Siti Sarah Raissuddin moga-moga Allah angkat darjatnya di sana dan di tempatkan di kalangan hamba-Nya yang solehah, perkenankanlah,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN