KUALA LUMPUR: Pelakon, Remy Ishak, 39, meluahkan rasa bercampur aduk tatkala bakal mendirikan rumah tangganya bersama usahawan, Ezza Yusof, hari ini.
Menurut pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini berharap ahli keluarga terdekat lain dapat bersama meraikan detik hari bermakna, namun dia lebih mengutamakan keselamatan daripada dijangkiti wabak berbahaya.
“I can do this! (Saya boleh buat) sudah cuba banyak kali dalam drama. Come on! (Pasti boleh).
“Tapi yang sedihnya, masa kakak, Erol dan Daus nikah aku selalu ada. Kena jaga keluarga, tapi bila waktu aku… Covid-19 memang kejam. Allah lebih Maha Mengetahui,” katanya dalam ciapan akaun Twitter satu jam lalu.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pelayar dan peminat Remy melayangkan kata-kata semangat selain memberi peringatan supaya Remy berkongsi beberapa keping gambar ketika akad nikah.
Sebagai informasi Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun, putus dua tahun kemudian. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka dikatakan bercantum semula, tahun ini.