PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 20,897 kes berbanding semalam, 19,268 kes, sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 18,465 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 282 kematian dicatatkan dengan 1,005 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 464 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 267,863 kes aktif.
Katanya, Selangor yang kekal menjadi penyumbang terbesar merekodkan sebanyak 4,371 kes diikuti Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942), Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479), Perak (1,204) dan Kuala Lumpur (1,003).
“Empat negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Pahang (798), Terengganu (608), Melaka (417) dan Negeri Sembilan (215).
“Perlis pula merekodkan 64 kes dan Putrajaya, 25 kes manakala Labuan hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.