China terus 'berkuasa' dalam acara terjun - Utusan Malaysia

China terus ‘berkuasa’ dalam acara terjun

PEMENANG pingat gangsa dari Britain Thomas Daley (kiri) bersama pemenang emas dan perak Cao Yuan (tengah) dan Yang Jian (kanan) dari China berbual selepas menerima pingat dalam acara terjun 10 meter platform lelaki di Olimpik Tokyo 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO:  Skuad terjun China berjaya menutup saingan acara itu dengan mengutip tujuh daripada lapan emas yang dipertandingan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Penerjun China Cao Yuan melengkapkan emas ketujuh selepas memenangi acara 10m platform individu lelaki manakala rakan sepasukan, Yang Jian perak, hari ini.

Gangsa menjadi milik penerjun Britain, Tom Daley yang kembali ke podium selepas meraih emas dalam acara 10m seirama lelaki minggu lalu yang satu-satu emas yang tidak dimenangi China.

Cao dan Yang mendominasi sebahagian besar terjunan dalam acara 10m platform dengan menghuni dua kedudukan teratas pada sesi kelayakan dan separuh akhir.

Namun Daley terus memberikan saingan apabila mendahului dua daripada enam pusingan pada final sebelum jatuh ke kedudukan ketiga pada dua terjunan terakhir.

Cao bermula dengan baik pada permulaan apabila mengumpul tiga kutipan mata penuh 10 pada terjunan pertama dan menamatkan saingan dengan 582.35, Yang kedua dengan 580.40 manakala Daley 548.25. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya