Chaoming tekad bangkit hari ini - Utusan Malaysia

Chaoming tekad bangkit hari ini

Chee Chaoming tewas dalam aksi pembukaan Sukan Paralimpik Rio 2020 kepada atlet Itali, Mohamed Kalem.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enggan mengaku kalah, sebaliknya atlet ping pong negara, Chee Chaoming bersedia untuk bangkit selepas tewas dalam aksi pembukaan Sukan Paralimpik 2020, semalam.

Biarpun langkah kiri, perjalanan Chaoming yang beraksi dalam Kumpulan C pada saingan pingpong perseorangan lelaki Kelas 9 bagaimanapun belum berakhir.

“Saya minta maaf kerana mempamerkan prestasi buruk pada penampilan pertama saya. 

“Harap esok (hari ini) saya dapat beraksi dengan lebih baik,” katanya menerusi Instagram, semalam.

Atlet berusia 24 tahun itu tewas 6-11, 7-11, 4-11 kepada pemenang pingat gangsa Paralimpik Rio 2016, Mohamed Kalem dari Itali di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Chaoming akan turun ke gelanggang sekali lagi hari ini menentang pemain muda Great Britain meningkat naik, Joshua Stacey, sebelum menutup kempen dengan berdepan pemenang empat pingat emas Paralimpik, Ma Lin dari Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya