KUALA LUMPUR: “Selamat malam Malaysia, see you soon (jumpa lagi),”.
Demikian tulis penyanyi rap terkenal, Caprice dalam InstaStory di akaun Instagram miliknya yang menimbulkan tanda tanya adakah coretan ringkas itu bermakna dia bakal pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini?
Sebelum itu, dalam perkongsian video pendek di InstaStory, Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkongsi mengenai tanda arah kiblat di dalam bilik hotel.
“Saya baru dapat satu perkara. Masa mula-mula sampai hotel ini, saya mencari tanda arah kiblat. Kalau di Malaysia selalunya tanda itu dilekatkan pada penjuru dinding tetapi tiada.
“Jadi untuk cari kiblat saya hanya gunakan aplikasi sahaja. Rupa-rupanya, selepas tiga minggu, sebelah katil saya saja, baru sedar. Selamat malam Malaysia Assalamualaikum,” ujarnya pada pukul 6.07 pagi hari ini (waktu di Mesir 12 tengah malam).
Terdahulu, penyanyi rap dan aktivitis kemanusiaan ini akan mengotakan janjinya untuk pulang ke tanah air selepas perubahan kepimpinan kerajaan seperti yang dikatakan sebelum ini.
Namun, dia perlu menyiapkan beberapa tugasan berkaitan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040 sebelum kembali pulang ke tanah air.