AMBANG MERDEKA…Menjelang detik 12 tengah malam, masuknya hari baharu, 31 Ogos 2021, tarikh keramat Negaraku merdeka, ibu negara disimbahi cahaya Jalur Gemilang.
Menara Berkembar KLCC, menjadi mercu tanda warga kota mengabadikan kenangan kemerdekaan ke-64.
Ini apabila bangunan tersebut bermandikan warna-warna Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan negara, biarpun dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Jurugambar Utusan Malaysia, SHIDDIEQIIN ZON dan FARIZ RUSADIO sempat merakam keindahan ibu negara menjelang 31 Ogos 2021.
