PETALING JAYA : Perenang para wanita negara, Brenda Anellia Larry berjaya mencatat rekod Asia apabila melakukan catatan 1 minit 00.62 saat (s) dalam Saringan 2 50 meter (m) kuak kupu-kupu wanita S5, sebentar tadi.
Turut memecahkan rekod Asia adalah Lu Dong yang mengungguli saringan dengan catatan 40.74s, memperbaharui catatan rekod 41.54s yang dilakukannya sendiri di Berlin, Jerman pada Jun lalu.
Beraksi di Pusat Akuatik Tokyo, Brenda, 16, turut memperbaiki catatannya di Kejohanan Siri Dunia Renang Para di Singapura pada Mei 2019 iaitu 1:09.72s.
Begitupun, pencapaian tersebut belum cukup untuk membenarkan Brenda mara ke final petang ini memandangkan atlet itu menamatkan saringan di tempat ke-13 keseluruhan.