Brazil mara ke final - Utusan Malaysia

Brazil mara ke final

BRAZIL mengesahkan tempat ke perlawanan akhir penentuan pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara bola sepak selepas menewaskan Mexico 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Ibaraki Kashima, hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO : Brazil mara ke final bola sepak Sukan Olimpik selepas menyingkirkan Mexico 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi separuh akhir , sebentar tadi.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada aksi sebenar, termasuk masa tambahan di Stadium Ibaraki Kashima.

Turun sebagai juara bertahan, Brazil memperolehi peluang untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-14 namun percubaan pertahanan kiri Guilherme Arana berjaya dinafikan penjaga gol Mexico Guillermo Ochoa.

Mexico yang merupakan pemenang pingat emas di Olimpik London 2012, turut memperolehi peluang terbaik untuk mendapatkan gol tetapi rembatan kencang Luis Romo berjaya ditepis keluar penjaga gol Brazil Santos pada minit ke-42.

Aksi kedua-dua pasukan dilihat seimbang dan turut menyaksikan sembilan kad kuning dilayangkan iaitu lima kepada Brazil dan empat buat Mexico.

Penyerang Everton Richarlison hampir menjaringkan gol kemenangan buat Brazil namun tandukannya pada minit ke-82 sekadar menggegar tiang gol.

Brazil akan menunggu lawan mereka di perlawanan akhir, iaitu pemenang di antara Jepun dan Sepanyol yang berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir  berlangsung pada malam ini.

Sementara itu, Mexico akan bermain dalam penentuan pingat gangsa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya