Bonnie raih emas pertama negara - Utusan Malaysia

Bonnie raih emas pertama negara

BONNIE BUNYAU GUSTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya menyumbang pingat emas pertama negara dalam acara powerlifting kategori 72 kg di Sukan Paralimpik Tokyo, sebentar tadi.

Dia berjaya melakukan angkatan seberat 228 kilogram (kg) sekaligus mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik.

Bonnie cuba memecahkan rekod dunia dengan melakukan angkatan seberat 231 kg tetapi tidak berjaya.

Dia sebelum ini memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Keputusan itu meyaksikan dia berjaya mengatasi pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia yang melakukan angkatan 191 kg untuk pingat perak.

Pingat gangsa menjadi milik Mickey Yule dari Great Britain selepas melakukan angkatan seberat 182 kg.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya