“Bila senyum dan ketawa akan hilangkan segala masalah…” -Nabila Huda kongsi tips tangani tekanan - Utusan Malaysia

“Bila senyum dan ketawa akan hilangkan segala masalah…” -Nabila Huda kongsi tips tangani tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon popular, Nabila Huda, berkongsi tips cara dirinya menangani tekanan ketika menghadapi masalah sementelah ramai peminatnya bertanyakan soalan berkenaan cara atasi perkara tersebut.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama Lockdown itu berkongsi kaedah tersebut menerusi satu hantaran video yang dimuat naiknya.

“Sebenarnya ramai yang tanya bagaimana Abil menguruskan tekanan. Tak pernah emosi ke? Ada, sebab kita ini perempuan.

“Bagaimana menangani apabila tertekan adalah saya akan pejamkan mata, tarik nafas sedalamnya, lepaskan perlahan-lahan.

“Selepas itu saya akan senyum sambil berkata dalam hati, ‘Ya Allah, terima kasih dengan nikmat yang engkau berikan, aku bersyukur sangat, terima kasih’,” katanya dalam video tersebut.

Mengulas lanjut, cara dia mengatasi tekanan dengan senyum adalah kaedah yang paling efektif buat dirinya. Nabila juga sempat meniupkan semangat buat semua yang menghadapi tekanan.

“Bila senyum dan ketawa akan hilangkan segala masalah. Masalah akan selesai tetapi kita tidak tahu bila. Jadi, cuba amalkan insya-Allah berkesan, percayalah. Abil memang dari dulu lagi amalkan. Saya rasa itu adalah masa untuk Abil dengan Allah.

“Semua orang ada masalah, cuma berbeza. Hanya cara bagaimana anda nak menguruskan masalah itu. Saya yakin anda semua boleh uruskan semua jenis masalah, percayalah cakap saya. Saya lalui pelbagai masalah dalam hidup.

“Tetapi pada saya, tak pernah benci pun perkara yang berlaku dalam hidup. Bagi saya jika tidak berlaku, mungkin saya tidak jadi sematang ini. Jadi, saya sentiasa bersyukur setiap masa. Hidup itu singkat, jangan terlalu banyak berfikir, perlu sentiasa gembira sahaja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya