“Bila KKM dan MKN bagi pengumuman, rajinlah membaca…” -Suami Nora Danish ‘tegur’ komen warganet - Utusan Malaysia

“Bila KKM dan MKN bagi pengumuman, rajinlah membaca…” -Suami Nora Danish ‘tegur’ komen warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suami kepada pelakon terkenal, Nora Danish, Nedim Nazri, menegur salah seorang warganet yang mempertikaikan pasangan itu keluar makan di restoran dengan membawa anak-anak mereka.

Menerusi entri Instagram, Nora memuat naik beberapa keping gambar bersama keluarga kecilnya semasa ‘dine-in’ di salah sebuah restoran, sebelum anak-anaknya memulakan sesi persekolahan.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen tersebut, segelintir warganet berasa kurang senang serta mempertikaikan pasangan berkenaan membawa sekali anak-anak mereka menjamu selera di luar.

“Allah beri otak untuk fikir. Bila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Malaysia (MKN) bagi pengumuman rajinlah membaca.

“Kalau malas baca dan bodoh, jangan komen… Masuk ke laman web MKN dan sila baca. Kanak-kanak bawah 17 tahun harus pengawasan ibu bapa. Sekian,” balas Nedim menerusi satu komen salah seorang warganet.

Sebelum ini, kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap diperluaskan termasuk aktiviti ‘dine in’ dibenarkan di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

Perkara itu diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan keputusan berkenaan dicapai dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), beberapa hari lepas.

Tambah beliau juga, pasangan yang menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya