“Bila berpasangan, kita sokong apa yang dia suka…” - Memey Suhaiza - Utusan Malaysia

“Bila berpasangan, kita sokong apa yang dia suka…” – Memey Suhaiza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Memey Suhaiza sentiasa menitipkan sokongan buat suami tercintanya yang juga pelakon terkenal, Norman Hakim terhadap hobinya iaitu senaman membina badan.

Menerusi entri Instagram, Memey membuat kejutan buat suaminya dengan menyediakan sebuah ruangan khas yang siap dilengkapi dengan peralatan gimnasium di dalam rumahnya.

Katanya, inisiatif tersebut adalah salah satu cara dirinya memberikan sokongan terhadap hobi Norman sejak perkenalannya lagi.

Tambah Memey, dia sebagai isteri tidak pernah sesekali untuk menyekat hobi serta minat si suami agar dia sentiasa berasa bahagia membuat sesuatu tanpa ada halangan.

“Bila berpasangan, kita menyokong apa yang dia suka. Perkahwinan bukan halangan untuk hentikan apa hobi atau kesukaan pasangan kan? Biar dia rasa selesa dan seronok tanpa halangan.

“Untuk papa Norman, hobi dia memang fitness, dapat bersenam walaupun 30 minit sahaja pun hilanglah semua rasa penat. Tapi, dia selalu berjam pun sanggup. Itu jiwa dia. Kalau mummy sehari bersenam, saya yang gigil demam.

“Kita orang terbalik, perwatakan berbeza. Namun kita menyokong antara kita. Meraikan minat masing-masing dengan cara tersendiri supaya pasangan rasa selasa dan bahagia selalu,” coretnya di Instagram.

Meninjau di entri Norman pula, dia meluahkan rasa terharu apabila ‘wish list’ selama ini menjadi kenyataan selepas dihadiahkan isterinya.

“Satu perasaan yang tidak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Benda ini memang dah lama dalam senarai keiinginan saya. Tetapi saya sejenis selagi apa boleh pakai, selagi boleh lenjan. Tak suka bazir.

“Lepas ini kalau badan makin ketak, faham-faham sendirilah. Selepas ini kita bersenam sama-sama okey wifey!” tulisnya di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya