Beza 17.6 mata, Dhabitah hampir raih gangsa - Utusan Malaysia

Beza 17.6 mata, Dhabitah hampir raih gangsa

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri ketika melakukan terjunan dalam aksi final 3 meter papan anjal Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seperti dijangka, dua penerjun China mendominasi acara terjun 3 meter papan anjal Sukan Olimpik 2020, sekali gus menghalang Nur Dhabitah Sabri untuk meraih pingat.

Pemenang pingat emas di Olimpik Rio, Shi Tingmao dari China mempertahankan kedudukannya dalam aksi di Pusat Akuatik Tokyo dengan pungutan 383.50 mata.

Pingat perak juga dimenangi penerjun China, Wang Han dengan catatan 348.75 mata, manakala Krysta Palmer dari Amerika Syarikat membawa pulang gangsa (343.75 mata).

Penerjun negara, Dhabitah, hanya dibezakan 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa apabila menamatkan saingan di tempat keempat.

Pada penampilan sulungnya di Olimpik Rio 2016, Dhabitah menutup kempen di tangga kesembilan dan kedudukan keempat dianggap pencapaian baik buat penerjun berusia 22 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya