‘Betapa hati ini berharap ba masih ada di sini’ - Isa Khan - Utusan Malaysia

‘Betapa hati ini berharap ba masih ada di sini’ – Isa Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Isa Khan meluahkan kerinduan kepada bapanya yang pergi menghadap Ilahi 15 tahun yang lalu.

Dalam satu perkongsian di Instagram, anak kelahiran Kuala Lumpur itu memuat naik sekeping gambar memaparkan isterinya juga pelakon, Nur Risteena berada di kubur arwah bapanya itu baru-baru ini.

“Ba, petang tadi saya datang sempena Hari Asyura, hari baik sangat. Saya datang bawa isteri tercinta saya tengok ba.

“Betapa hati ini berharap ba masih ada di sini, tetapi Allah SWT jauh lebih sayangkan ba,” tulisnya.

Isa dalam perkongsian sama berkata tidak pernah lupa mendoakan arwah ayahnya yang telah lama meninggalkan mereka sekeluarga.

“Tidak akan pernah lekang doa anakmu ini, kerana jasa dan pengorbananmu terhadap keluarga mu ini terlalu besar.

“Ya Allah ya tuhanku, peliharalah roh arwah ba dari seksa kubur dan azab api nerakamu. Anugerahkanlah arwah ba syurga terindahmu,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya