Bernas komited perkasa industri padi, beras negara  - Utusan Malaysia

Bernas komited perkasa industri padi, beras negara 

PROGRAM Smart PBB di Sungai Batu Pahat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menerusi program Smart Sawah Berskala Besar (Smart PBB) komited merangka hala tuju strategik bagi memperkasa industri padi dan beras negara. 

Bernas dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu seiring dengan matlamat kerajaan dalam meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara iaitu sebanyak 75 peratus. 

Justeru, katanya, Bernas menyasarkan kawasan yang berproduktiviti rendah dengan mengunjurkan lonjakan hasil antara 40 hingga 60 peratus semusim di beberapa kawasan berpotensi yang dikenal pasti iaitu Batang Lupar, Sarawak; Sungai Batu Pahat, Perlis; Setiu, Terengganu dan Kampung Kulambai, Kota Belud, Sabah. 

“Ketika ini, kerja-kerja pemulihan insfrastruktur dan tanah serta penanaman padi sedang giat dilakukan. Semestinya cabaran ini memerlukan penelitian menyeluruh contohnya dalam membangunkan tanah sawah yang sudah lebih 10 tahun terbiar seperti di Sabah dan Perlis,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, Smart PBB adalah insiatif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan memorandum persefahaman bersama Bernas pada awal tahun ini dan dilaksanakan bersama pengilang bumiputera. 

Ia bertujuan menyatukan tanah sawah untuk membentuk sistem pengurusan ladang secara berpusat yang dapat mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada dan meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran padi negara. 

Smart PBB adalah kerjasamai antara Bernas dan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian Negeri, Pertubuhan Peladang Kawasan, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA). 

Kata kenyataan itu lagi, Bernas bekerjasama dengan hampir 200 pesawah yang mendedahkan dengan teknik dan amalan pertanian bagi menguruskan sawah berskala besar. 

Antara lain, Bernas juga mendedahkan penggunaan mekanisasi dan teknologi terkini atau Internet of Things (IoT) yang dapat memudahkan kerja perladangan serta mewujudkan sistem pertanian lebih terancang selain menjimatkan kos penanaman dan memperoleh hasil tuaian yang baik.  

“Penglibatan pesawah yang merupakan elemen penting dalam program ini turut menunjukkan angka memberangsangkan. Mereka amat komited dan berdisiplin dalam mengikuti jadual kerja ladang yang ditetapkan. 

“Sebagai syarikat peneraju Smart PBB, Bernas sentiasa menyokong terhadap pesawah melalui pelbagai saluran perkongsian ilmu pengetahuan bagi memacu kejayaan mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya