PETALING JAYA: ‘Jikalau mengangin jangan tumpah padinya’.
Demikian perkongsian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dikaitkan netizen dengan situasi semasa politik negara.
Menurut DBP, peribahasa itu bermaksud ‘Berhati-hati apabila memilih, supaya tidak terbuang yang baik’.
Seorang netizen menulis dalam komentar: “Terima kasih DBP atas ingatan, pesanan orang dahulu, relevan hingga hari ini”.