KUALA LUMPUR: Aktor, Ben Amir menerusi perkongsian di Twitter memuat naik status mahu berhijrah ke New Zealand dan memulakan hidup baharu dengan menjual Nasi Lemak Paru.
“Saya akan jual semuanya dan tinggal di New Zealand jual Nasi Lemak Paru. Rakan kongsi diperlukan, sesiapa?” ciapnya ringkas.
Menariknya dalam ciapan pemilik nama penuh Muhammad Amir Sabaruddin, 31, selain ramai yang menawarkan diri untuk menjadi rakan kongsi, ada juga segelintir peminat yang “menjual tiket” untuk bergelar suri rumah pelakon itu.
“Kalau life partner (pasangan hidup) okay ke?” ciapan daripada seorang pelayar.
“Tengah cari juga ini,” balas pelakon drama Sweet Dreams itu.
Meninjau lagi pada ruangan komen, Utusan Malaysia mendapati ramai ahli perniagaan yang turut menawarkan diri untuk menjadi rakan kongsinya sekali gus merealisasikan impian pemuda bujang itu.