TOKYO: Petinju Britain, Galal Yafai berjaya membawa pulang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas memenangi pertarungan kelas flyweight (48-52 kilogram), sebentar tadi.
Dalam pertarungan akhir yang berlangsung di Kokugikan Arena, Yafai menang mudah 4-1 ke atas jaguh Filipina, Carlo Paalam.
Kemenangan itu sekali gus mengubat kekecewaannya di Rio 2016 selepas gagal membawa pulang pingat.
Yafai pernah ditugaskan untuk menguruskan sampah dan mengangkat kotak-kotak dari sebuah kilang kereta, sebelum ini dan meninggalkan pekerjaan itu demi mengejar cita-cita untuk menjadi petinju.- AGENSI