Bekas kapten ragbi kebangsaan, Abdul Ghafar Rajab meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas kapten ragbi kebangsaan, Abdul Ghafar Rajab meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab yang telah pulang ke rahmatullah, awal pagi tadi.

KRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyifatkan pemergian kapten skuad kebangsaan 1982 itu sebagai kehilangan sebutir permata dalam arena tersebut.

Tambah KRM, Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan pakar sepakan conversion dalam pasukan ragbi negara yang bermain di posisi fullback.

“Pencapaian Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafar dalam sukan ragbi sangat baik dan berjaya meletakkan diri beliau dalam pasukan kebangsaan bermula dengan mewakili pasukan kebangsaan bawah 23 tahun pada tahun 1979.

“Kejohanan-kejohanan lain yang turut disertai beliau adalah di peringkat antarabangsa seperti Asian Footbal Rugby Union (ARFU) di taiwan pada tahun 1980, Kejohanan King’s Cup (1981 sehingga 1985) dan juga kejohanan ARFU di Fukuoka, Jepun.

“Kehilangan Allahyarham yang telah memberi jasa dan khidmat di dalam mengharumkan nama negara sepanjang penglibatan beluan dalam sukan ragbi ini amat dirasai oleh seluruh warga ragbi Malaysia.

“Jasa dan pengorbanan Allahyarham dalam arena ragbi tempatan dan antarabangsa pasti akan terus dikenang. Ianya satu nama yang akan dikenang selamanya,” kata KRM dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Ghafar merupakan Bekas Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lepas, meninggal dunia pada jam 5.30 pagi tadi.

Abdul Ghafar yang berkhidmat selama 39 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Ketua Polis Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman sebelum bersara wajib pada Julai 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya