Bekas Datuk Bandar MBIP ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Bekas Datuk Bandar MBIP ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang kini bertugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas dakwaan terlibat menerima rasuah.

Sumber memaklumkan, suspek lelaki berusia 60 tahun yang ditahan SPRM Cawangan Batu Pahat itu disyaki melakukan kesalahan terbabit ketika menjawat jawatan Datuk Bandar MBIP sebelum ini.

Beliau ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor, di sini pada pukul 3 petang.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kendalian MBIP sewaktu menjadi Datuk Bandar.

“Suspek yang kini bertugas di MBJB ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan,” kata sumber sebentar tadi.

Tambah sumber itu, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan itu dan memberitahu permohonan reman terhadap suspek akan dijalankan di Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok pagi. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya