Bekas Datuk Bandar direman tiga hari - Utusan Malaysia

Bekas Datuk Bandar direman tiga hari

SUSPEK berusia 60 tahun diiringi dua pegawai SPRM dibawa ke Mahkamah Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman di Johor Bahru, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) ditahan reman  tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes terlibat menerima rasuah ketika bertugas di pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Johor Bahru, pagi ini.

Suspek yang berusia 60 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM berwarna jingga dan diiringi dua pegawai penguatkuasa agensi berkenaan.

Semalam, SPRM Johor dilaporkan menahan seorang pegawai kanan kerajaan itu pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat SPRM Johor.

Sumber memaklumkan, suspek yang ditahan SPRM Cawangan Batu Pahat itu disyaki menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kendalian MBIP sewaktu menjadi Datuk Bandar.

Suspek yang kini bertugas di MBJB ditahan ketika hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya