Bekas Datuk Bandar bebas reman - Utusan Malaysia

Bekas Datuk Bandar bebas reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas Datuk Bandar di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang didakwa terlibat kegiatan rasuah dilepas daripada tahanan reman secara bersyarat, hari ini.

Kebenaran itu diberikan oleh Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Majistret Reman, Johor Bahru, di sini selepas permohonan dikemukakan peguam bela suspek, Omar Kutty dan Hazza Khalid.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), permohonan dibenarkan beserta syarat iaitu suspek dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 tanpa deposit berserta seorang penjamin.

Tambahnya, lelaki itu juga perlu hadir melapor diri pada tarikh yang ditetapkan ke Pejabat SPRM.

Pada 11 Ogos lalu, suspek berusia 60 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret dengan berpakaian baju lokap SPRM berwarna jingga bagi mendapatkan permohonan reman.

Lelaki itu yang ditahan di pejabat SPRM Johor sehari sebelumnya dibenarkan ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes terlibat menerima rasuah yang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tahanan reman suspek kemudian disambung empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kesalahan yang dipercayai dilakukan ketika beliau menjawat jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, sebelum ini.

Beliau didakwa menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kendalian MBIP. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya