Barcelona hutang Messi RM608 juta  - Utusan Malaysia

Barcelona hutang Messi RM608 juta 

PENYERANG sensasi, Lionel Messi sudah menjalani latihan pertamanya dengan PSG dan akan berada dalam senarai untuk aksi menentang Strasbourg.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Meskipun sudah melengkapkan perpindahan mega ke Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona dikatakan masih berhutang dengan Lionel Messi berdasarkan klausa di dalam kontraknya.

Bintang Argentina itu masih belum menerima baki gajinya musim lalu bersama keseluruhan skuad Barcelona yang menyaksikan kelab tersebut berhutang dengannya sebanyak 104 juta pound (RM608.71 juta).

Penyerang tersebut sudah menjalani latihan pertamanya dengan PSG dan akan berada dalam senarai untuk aksi menentang Strasbourg.

Messi, 34, dikatakan mahu terlibat dengan aksi minggu ini walaupun memerlukan beberapa minggu untuk cergas sepenuhnya.

Messi dan keluarganya tinggal di hotel berhampiran Champs-Elysees selepas tiba di kota Paris untuk menyertai PSG secara percuma.

Dia kemudian mendapat tawaran jangka pendek untuk tinggal bersama Sergio Ramos sekiranya bosan menginap di hotel.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya