Banjir kilat, penduduk tidak boleh lena malam ini - Utusan Malaysia

Banjir kilat, penduduk tidak boleh lena malam ini

PENDUDUK di perumahan kluster, Lengkok Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Pulau Pinang yang terjejas dengan keadaan banjir kilat yang melanda kawasan itu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Rata-rata penduduk di perumahan kluster, Lengkok Kampung Masjid, Teluk Kumbar di sini berdepan kebimbangan apabila kediaman mereka ditenggelami air petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati sebanyak 35 buah rumah di situ kini telah dimasuki air melebihi paras lutut dan semakin tinggi.

Kebanyakan penghuni masih berada di rumah dan masing-masing dan menunggu bentuk bantuan yang bakal disalurkan pihak berwajib dengan hampir 90 peratus penghuni di kawasan perumahan terbabit merupakan warga emas.

Seorang penghuni, Noorbi Ahmad, 65, keadaan semua rumahnya kini sudah dipenuhi air dan masing-masing semakin berdepan kerisauan berikutan bersebelahan dengan sungai.

“Keadaan sungai didapati hampir penuh dan ini menyebabkan kami semakin berada keadaan ketakutan.

“Ini merupakan kejadian banjir kali ketiga pada tahun ini dan paling teruk pada paras dada lima tahun lalu,” katanya di sini sebentar tadi.

Seorang lagi penghuni yang juga golongan orang kurang upaya (OKU), Razali Musa, 68, pula berkata, dia bimbang dengan situasi banjir itu ditambah dengan kes Covid-19 di Teluk Kumbar yang semakin meningkat.

“Melihat keadaan air yang memenuhi ruang rumah ketika ini (7 petang) memang kami tak boleh tidur malam.

“Kami risau jika kejadian lima tahun lalu (air paras dada) berulang lagi. Saya kini hanya duduk di atas kerusi roda dan tidak mampu berbuat apa-apa lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz dalam kenyataan memberitahu, pusat pemindahan transit untuk mangsa banjir telah dibuka di Dewan Al Barakah, Masjid Maqbul Teluk Kumbar.

“Banjir kilat yang agak luar biasa ini menjejaskan sekitar 300 buah keluarga yang berpunca daripada hujan lebat berpanjangan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya