PETALING JAYA: Penyanyi terkenal tanah air, Misha Omar, tidak pernah berhenti berharap dan terus berdoa buat penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin yang masih tidak sedarkan diri akibat Covid19 di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Tanpa Rela itu memberitahu dirinya sukar untuk tidur sejak beberapa hari ini ekoran rasa bimbang dan tidak senang memikirkan keadaan rakan baiknya itu.
Misha yang menjayakan Konsert Soul Sisters di Istana Budaya pada 2019 bersama Siti Sarah turut meniupkan kata semangat buat sahabatnya walaupun dari jauh.
“Sarah, bangunlah adik, Kak Chah dan semua orang doakan Sarah diberikan kekuatan untuk terus bertahan, diberikan kesembuhan untuk balik ke pangkuan kami semula.
“Dah beberapa malam Kak Chah tidak boleh tidur. Doa saya sentiasa buat awak selalu. Teruslah berdoa ya semua,” katanya.
Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti lain turut menitipkan doa buat penyanyi tersebut di media sosial mereka agar dia kembali sihat seperti sedia kala.
Malam tadi, Shuib Sepahtu keadaan isterinya kini pada tahap sangat tidak baik ketika ini apabila tahap oksigen isterinya menurun sehingga ke paras 40.