Ban rebak ditanam cerucuk batang kelapa oleh JPS

Ban rebak ditanam cerucuk batang kelapa

KEADAAN cerucuk batang kelapa yang ditanam di kawasan ban RTB yang rebak di Alor Pongsu dekat Bagan Serai hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Kawasan ban Rancangan Tambatan Banjir (RTB) yang rebak di Sungai Samagagah, Alor Pongsu dekat sini yang menyebabkan banjir baru-baru ini sudah ditanam cerucuk batang pokok kelapa.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd. Sabli Bakri berkata, kerja menanam cerucuk sudah siap dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menurutnya, selepas kerja-kerja berkenaan selesai, bongkah batu akan diletakkan di kawasan ban yang rebak.

“Difahamkan mengikut perancangan JPS, setelah kerja membaiki ban yang rebak ini selesai sepenuhnya, barulah air di kawasan terjejas akan dipam keluar.

“Cara ini sedikit sebanyak dapat mengeringkan air yang masih terperangkap disebabkan ban yang rebak ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, apa yang menjadi kebimbangan ialah kemungkinan berlakunya kejadian yang sama di ban RTB sepanjang dua kilometer yang juga berisiko untuk rebak.

Katanya, ini disebabkan pada hari kejadian pada Jumaat lalu, ban RTB itu telah dilalui air sungai yang deras.

“Jadi JPS telah melaksanakan kerja awal dan memohon peruntukkan untuk memperbaiki keseluruhan ban ini yang saya difahamkan berjumlah RM800,000 dan perkara itu dalam perhatian kerajaan.

“Jika ban RTB ini dapat diperbaiki, aliran air akan dapat disekat daripada memasuki kawasan sedia ada,” katanya.

Mengenai keadaan banjir di Kerian, Mohd. Sabli berkata, setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu  di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak (111 orang) dan SK Alor Pongsu (68 orang).

“Banjir hari ini ada sedikit penurunan disebabkan pasang surut air laut namun secara keseluruhan keadaan masih banjir,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan neģeri memohon peruntukan khas RM800,000 untuk membaiki dua ban RTB yang rebak di Sungai Samagagah, Alor Pongsu dekat sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, kejadian pada pukul 10.30 pagi Jumaat lalu menyebabkan air sungai Samagagah melimpah berikutan hujan lebat luar biasa di kawasan tadahan Sungai Kerian.

Terdapat dua lokasi ban yang pecah iaitu di Kampung Selekoh Matang Pasir sepanjang 30 meter manakala satu lagi di Kampung Parit Haji Kassim sepanjang 10 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya