Ban pecah, penduduk 3 kampung mungkin banjir - Utusan Malaysia

Ban pecah, penduduk 3 kampung mungkin banjir

KEADAAN ban yang pecah di Sungai Beriah dekat Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Penduduk di Mukim Beriah, Alor Pongsu di sini dinasihat bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan ban tali air di Sungai Beriah dekat sini, pecah pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu,  Datuk Sham Mat Sahat berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk berhampiran kawasan kejadian.

“Saya telah membuat tinjauan ke tempat kejadian dan mendapati kawasan ban yang pecah itu agak luas, lebih 30 kaki.

“Arus air yang mengalir ke kawasan arah penempatan penduduk agak deras,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi ban yang pecah di Sungai Sungai Beriah di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya