Bagai ‘perhambaan zaman moden’ - Utusan Malaysia

Bagai ‘perhambaan zaman moden’

PEKERJA belakang tabir industri perfileman yang berdepan pelbagai risiko termasuk isu kebajikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem perhambaan zaman moden. Demikian perumpamaan yang boleh menggambarkan nasib pekerja industri perfileman negara yang masih ditakuk lama.

Lebih mendukacitakan, di sebalik kejayaan sesebuah drama atau filem yang mengaut untung jutaan ringgit, aspek ke­selamatan dan prosedur operasi standard (SOP) serta piawai­an pekerja industri berkenaan masih menjadi tanda tanya berbanding sektor lain.

Ini sekali gus menjadikan pekerjaan dalam industri itu bagai berterusan dianaktirikan oleh kerajaan dan agensi yang sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia sebelum ini turut mendapati, pekerja belakang tabir ini sebenarnya sangat besar be­risiko untuk terbabit dalam kemalangan di tempat kerja.

Kumpulan tersebut jika tidak bernasib baik, mereka tidak akan menerima sebarang pampasan atau bahasa mudah bagai ‘mati katak’.

Selain kebajikan, tempoh masa bekerja antara 16 jam sehingga 20 jam sehari tanpa ada garis panduan memihak kepada mereka menjadikan pekerja industri tersebut tidak ubah se­perti hamba atau kuli moden.

Dari dahulu hingga sekarang terus menimbulkan persoalan adakah agensi atau mana-mana pihak yang boleh dijadikan tempat mengadu nasib atau paling kurang menjadi rujukan sekiranya suatu perkara
menimpa pekerja industri?

Selain itu, adakah kerajaan atau agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersedia mengiktiraf sektor ini yang mungkin segelintir pihak melihat sebagai kerjaya glamor dengan dikeli­lingi artis semata-mata?

Namun, bagi penata cahaya, Mohd. Hafiz Hori@Bokhari berkata, realiti sebenar yang dihadapi pekerja di belakang tabir pada hakikatnya sungguh perit kerana mereka berdepan pelbagai risiko terutama ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

“Setiap kali ‘job’ (kerja), syarikat produksi akan bayar kepada ketua. Sebagai contoh ketua teknikal adalah jurukamera dan dia akan mencari empat orang kru teknikal lain. Begitu juga untuk bahagian produksi seperti prop, handyman dan lain-lain.

“Bagi kru teknikal biasanya perjanjian dengan ketua hanya ikut mulut sahaja tiada hitam putih. Kalau syarikat produksi cabut, kami susah nak tuntut hak,” katanya.

Menurut Mohd. Hafiz, selain isu kerja masalah kebajikan seperti insurans kelompok bagi pekerja yang terlibat dengan kemalangan juga masih di paras sangat minimum.

“Apabila berlaku kemalangan di lokasi penggambaran, syarikat produksi biasanya akan tanggung kos, tapi jika libatkan kematian atau cacat, kami tiada pampasan. Apa boleh buat kontrak dan terma perjanjian pun tiada.

“Jadi bagaimana mahu me­ngangkat pekerja sektor industri perfileman ke taraf lebih tinggi dan tahap profesional,” katanya.

Jurukamera, Azmi Semail berkata, dia mengharapkan ada wakil tunggal persatuan yang mendengar suara rintihan anak seni secara terus kepada pihak atasan terutama kerajaan.

“Kita pernah bawa kes ini kepada Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima). Tapi Profima hanya persatuan yang tidak kuat dan bersuara pada Finas. Selepas itu senyap.

“Jika dibandingkan dengan dahulu pun rasanya lagi teruk pada zaman sekarang terutama dengan peningkatan kos sara hidup,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya