“Bab pengurusan anak buat masa ini ada sedikit sukar…” -Shuib - Utusan Malaysia

“Bab pengurusan anak buat masa ini ada sedikit sukar…” -Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan terkenal, memberitahu dirinya mengalami sedikit kesukaran dalam menguruskan anak-anaknya yang masih kecil sementelah kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, serta pembantu rumahnya akibat virus Covid-19.

Menurut Shuib, dia juga berasa banyak kejanggalan dalam menguruskan hal harian keluarga kecilnya ekoran sebelum ini Siti Sarah dan arwah pembantu rumahnya banyak membantu menguruskan perkara tersebut.

“Saya ada merasakan memang banyak kejanggalan dan pelik dalam menguruskan anak-anak. Ada masa mulut ini nak terpanggil pembantu rumah yang telah meninggal dunia akibat virus itu kerana sudah terbiasa.

“Bab pengurusan anak buat masa ini ada sedikit sukar, namun sekarang ini anak-anak jadi ikut cakap saya. Sebelum ini penat kita nak terjerit-jerit, tetapi kini sekali cakap sahaja mereka mendengar dan mula faham,” kongsinya di aplikasi Zoom.

Bagaimanapun, Shuib menitipkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana ramai dalam kalangan rakan-rakan menawarkan untuk menghantar makanan kepadanya, pada waktu ini.

“Tetapi bersyukur sangat sebenarnya. Allah itu maha dashyat, kalau nak disenaraikan rakan-rakan tawarkan untuk menghantarkan makanan memang tidak terkira.

“Sejak seminggu ini tiada selera makan akibat masih ada kesan sampingan kecil selepas jangkitan virus tersebut. Tekak tidak berapa okey, hidung pun tidak berapa nak mengesan bau,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya