Azreen boleh pecah rekod G. Shanti - Utusan Malaysia

Azreen boleh pecah rekod G. Shanti

AZREEN (kiri) menunjukkan komitmen luar biasa biarpun hanya dimaklumkan penyertaannya ke temasya berprestij itu dalam tempoh sebulan atas tiket wild card (jemputan).- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil yakin pelari negara, Azreen Nabila Alias mampu memecahkan rekod kebangsaan 11.50 saat (s) yang berusia 28 tahun milik G Shanti. 

Azreen menunjukkan prestasi yang konsisten dan berjaya membuktikan bahawa dia mampu untuk mencabar pingat emas di temasya Sukan SEA Hanoi tahun depan jika program yang diatur berjalan mengikut apa yang dirancang. 

Katanya, Azreen menunjukkan komitmen yang luar biasa dan biarpun hanya dimaklumkan penyertaannya ke temasya Olimpik dalam tempoh sebulan atas tiket wild card, atlet kelahiran Terengganu itu berjaya menangani tekanan dan akhirnya mencapai catatan masa terbaik peribadi pada pusingan kelayakan di Olimpik Stadium Jepun dengan catatan 11.77s. 

“Secara keseluruhan KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia) berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan Azreen kerana ia adalah penampilan sulungnya di pentas itu. Walaupun dimaklumkan pada saat akhir, dia dapat capai apa yang ditetapkan dalam masa singkat. 

“Ini satu petanda yang baik untuk sukan negara dan saya yakin, jika kena pada caranya, Azreen boleh melakukan acara bawah 11.50s,” katanya. 

Terdahulu Manshahar memaklumkan bahawa kesemua atlet olahraga kini diberikan cuti rehat sehingga 25 Ogos ini selepas tiada sebarang makluman berhubung penganjuran temasya Sukan SEA. 

Malah hingga kini masih belum ada sebarang makluman berhubung sebarang pertandingan akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya