Azizulhasni, Shah Firdaus ke suku akhir keirin - Utusan Malaysia

Azizulhasni, Shah Firdaus ke suku akhir keirin

Shah Firdaus terlibat dengan kemalangan selepas berlaga dengan Jack Carlin dalam saringan kedua.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan aksi suku akhir keirin selepas berjaya melepasi saringan ketiga dengan mudah di Velodrom Izu di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beliau berjaya mengatasi lima pelumba lain termasuk Nicholas Paul dan Patryk Rajkowski.

Dalam perlumbaan itu Azizulhasni menggunakan segala pengalaman untuk memintas Paul pada saat-saat akhir untuk menang selepas melakukan henjutan bertenaga bermula daripada pusingan ketiga.

Sementara itu, Shah Firdaus Sahrom berjaya melepasi pusingan repechages dan layak ke pusingan suku akhir.

Dalam perlumbaan itu, dia sekali lagi hampir terjatuh kerana bergesel dengan pelumba lain tetapi berjaya menamatkan saingan di kedudukan kedua di belakang Kwesi Brown.

Dia sebelum ini terlibat dengan kemalangan pada saringan kedua selepas bergesel dengan Jack Carlin dan turut melibatkan Sergey Ponomaryov.

Perlumbaan itu bagaimanapun dimulakan kembali tetapi Shah Fidaus tidak memulakan perlumbaan itu selepas tidak mendapat kebenaran Institut Sukan Negara (ISN) kerana tulang rusuknya sakit.

Kemudiannya, Shah Firdaus diberikan kebenaran untuk berlumba dalam aksi repechage.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya