PETALING JAYA : Pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Shahrom berjaya menempah tempat ke pusingan kedua acara pecut individu Sukan Olimpik Tokyo selepas masing-masing memenangi saingan repechages da,lam saingan di Velodrom Izu.
Azizulhasni yang turun dalam saingan pertama berjaya mengetepikan Kevin Quintero dari Colombia dan Ethan Mitchell dari New Zealand untuk menempah saingan seterusnya berdepan Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago.
Shah Firdaus pula berjaya memadamkan kekecewaan di pusingan pertama dengan mengalahkan Hugo Barrette dari Kanada dan pelumba Poland, Mateusz Rudyk di saingan kedua untuk menentang Jack Carlin dari Great Britain.
Aksi pusingan kedua pecut individu lelaki akan berlangsung 6.15 petang ini dengan pemenang akan ke pusingan ketiga manakala yang kalah bersaing dalam saingan repechages.