SHIZUOKA: Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan tiket ke final keirin Sukan Olimpik 2020 selepas menamatkan aksi penuh bergaya dengan memenangi peringkat separuh akhir, sebentar tadi.
Pelumba kelahiran Dungun itu akan bersaing di pentas akhir pada pukul 11 pagi sebentar lagi di Velodrom Izu, Shizuoka.
Kejayaan tersebut menyaksikan beliau mengulangi pencapaiannya lima tahun lalu apabila mara ke pentas akhir keirin, sebelum memenangi pingat gangsa Olimpik di Rio.