Azizulhasni raih perak di Olimpik Tokyo - Utusan Malaysia

Azizulhasni raih perak di Olimpik Tokyo

JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang (dua dari kiri) meraih pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik kali ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHIZUOKA: Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati sasaran apabila menghadiahkan pingat untuk Malaysia menerusi kilauan perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2020, sebentar tadi.

Saingan di Velodrom Izu, Shizuoka menyaksikan Jason Kenny mempertahankan emas selepas bijak menggunakan teknik senko iaitu serangan awal.

Biarpun pelumba Great Britain itu melebarkan jarak dalam saingan tersebut, namun Azizulhasni yang juga Raja Keirin 2017 berupaya mendekatinya dan menamatkan saingan 0.763 saat di belakang Kenny.

Gangsa diraih pemenang dua emas Olimpik Tokyo, Harrie Lavreysen dari Belanda selepas ketinggalan 0.773s di belakang Kenny.

Malaysia menutup tirai Olimpik Tokyo dengan 1 perak selain 1 gangsa, yang diraih menerusi beregu lekaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya