SHIZUOKA: Jaguh bebasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mara ke pusingan separuh akhir keirin di Sukan Olimpik 2020, sebentar tadi.
Azizulhasni atau dikenali sebagai The Pocket Rocketman mara ke pusingan tersebut di Velodrom Izu, Shizuoka selepas menduduki tempat kedua dalam pusingan suku akhir di saringan ketiga.
Seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom, yang terbabit dalam kemalangan semalam tidak layak ke separuh akhir.
Ia selepas pelumba kelahiran Johor itu menamatkan saingan suku akhir pada saringan kedua di tempat terakhir.
Hanya empat pelumba terbaik di suku akhir mara ke pusingan seterusnya.
Azizulhasni akan membawa cabaran Malaysia di separuh akhir pada saringan kedua pada pukul 10:14 pagi sebentar lagi.
Hanya tiga pelumba terbaik di separuh akhir akan mara ke final keirin, yang akan berlangsung pada pukul 11 pagi ini.