TOKYO: Pemain Denmark, Viktor Axelsen ‘meruntuhkan’ tembok besar China untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik 2020 dalam acara badminton perseorangan lelaki, sebentar tadi.
Pemain di ranking No. 2 dunia itu mengatasi pemenang emas Olimpik Rio 2016, Cheng Long dengan keputusan 21-15, 21-12 dalam tempoh 50 minit.
Axelsen muncul pemain Denmark kedua menghadiahkan emas untuk negaranya menerusi badminton selepas Poul-Erik Hoyer Larsen melakukannya pada edisi 1996 di Atlanta dalam perseorangan lelaki.
Pemenang gangsa di Rio itu terdahulu menamatkan kisah dongeng Kevin Cordon di Olimpik Tokyo selepas menumbangkan pemain Guatemala di separuh akhir.- AGENSI