'Awak salah guna kuasa sebagai suami' - Fizo Omar - Utusan Malaysia

‘Awak salah guna kuasa sebagai suami’ – Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau betul wujudnya si suami macam ini kan. Abe Joe tak boleh sentuh hukum ni, tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami”.

Demikian tulis pelakon Fizo Omar dalam hantaran di Facebook mengenai nasib seorang isteri yang dalam dilema selepas ‘diugut’ jatuh talak oleh suaminya jika ambil vaksin Covid-19.

Laman Facebook Public Health Malaysia, sebuah platform menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam, menarik perhatian umum mengenai perkongsian seorang peguam syarie di Twitter.

Peguam tersebut berkongsikan kisah mengenai seorang isteri yang telah mengambil dos pertama vaksin Covid-19 secara ‘senyap-senyap’.

Ini kerana suaminya tak mahu mengambil vaksin berkenaan dan kebetulan mereka merupakan pasangan jarak jauh.

Namun si isteri dalam dilema apabila ketika berborak dengan suaminya mengenai vaksin, si suami berkata jangan ambil vaksin.

Si suami pula menambah: “Jika ambil juga, jatuh talak”.

Perkara itu membuatkan si isteri bingung dan mengajukan persoalan tersebut kepada peguam syarie.

Menurut Fizo, jika benar sekalipun si suami anti vaksin, sepatutnya tidak sampai sehingga menjatuhkan talak.

“Vaksin ini memang bukan paksaan dan hak individu itu sendiri, tapi saya pernah tanyakan pada ustaz dan jabatan agama, sekiranya kita tidak ambil dan keputusan kita itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya haram di sisi agama.

“Itu apa yang saya diberitahu. Lagipun, pihak agama, kesihatan di negara kita dan seluruh dunia sudah pun iktiraf dan sahkan vaksin ni halal dan harus diambil,” katanya.

Fizo menambah, persoalannya kenapa masih wujud lagi isu anti vaksin ini.

“Kalau masih ingat, sejak kita lahir, berapa jenis vaksin sudah disuntik dalam badan, alhamdulillah sampai sekarang Allah masih bagi nikmat kehidupan sihat.

“Allah suka melihat hambaNya ikhtiar dan berusaha untuk menempuhi dugaan yang dihantar kepada kita semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya