Artis rai peserta cabaran E-Sukan Mobile Legend - Utusan Malaysia

Artis rai peserta cabaran E-Sukan Mobile Legend

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi Harry Khalifah (Apak) dan Syafiq Farhain bakal merai dan menyuntik kemeriahan pertandingan E-Sukan Mobile Legend : Anonymoz Merdeka Challenge yang bakal berlangsung bermula pada 29 Ogos ini.

Menurut pengasas Anonymoz Gaming, Muhammad Haikal Mohd Fauzi,25, atau dikenali sebagai Ben Haikal, pertandingan tersebut akan berlangsung selama tiga hari sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-64 pada tahun ini.

“E-Sukan bukan asing lagi di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan E-Sukan semakin pesat dan telah mendapat sokongan daripada kerajaan melalui dana-dana yang telah diperuntukkan.

“Dengan membawa visi Menjadi salah satu organisasi E-Sukan terkemuka di peringkat Antarabangsa, Anonymoz Gaming ini mensasarkan anak muda yang ingin mengembangkan bakat mereka di dalam industri E-Sukan.

“Saya berharap, dengan adanya program- program sebegini, ia bukan sahaja mampu mengembangkan karier E-Sukan anak muda dan memajukan industri E-Sukan Malaysia, bahkan mampu mengelakkan anak muda daripada terjatuh ke kancah aktiviti yang tidak sihat seperti dadah, lumba haram dan sebagainya,”katanya.

Ben Haikal berkata demikian semasa ditemui pada sidang media program berkenaan yang diadakan secara virtual semalam.

Turut hadir ke sidang media tersebut ialah Harry Khalifah dan Syafiq sebagai artis undangan yang akan menyajikan persembahan patriotik sempena Hari Kemerdekaan pada acara tersebut.

Selain itu, kata Ben Haikal, kedua-dua artis tersebut akan membuat persembahan secara langsung semasa acara pembukaan di mana Harry dan Syafiq akan menyanyikan sebuah lagu patriotik.

“Idea ini saya dapat ketika berbincang secara maya bersama beberapa orang wakil daripada pihak hiburan. Selama ini saya lihat organisasi E-Sukan ini selalu bergerak secara solo tanpa bergandingan dengan mana-mana industri lain di Malaysia.

“Jadi, selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk dari akibat Pandemik Covid-19 ini, dimana kebanyakan artis telah terkesan, saya berpendapat tidak ada salahnya sekiranya saya mencuba sesuatu yang baru dimana E-Sukan digandingkan dengan elemen hiburan.

“Saya harap dengan usahasama ini mampu dijadikan satu tren untuk pertandingan E-Sukan yang lain dan secara tak langsung mampu membantu antara satu sama lain dalam menghadapi wabak pandemik ini,”katanya.

Dalam pada itu, program yang diadakan secara maya ini akan melibatkan lebih dari 128 pasukan bukan sahaja daripada Malaysia, malahan dari Myanmar dan Indonesia.

Peringkat saringan akan bermula pada 29 Ogos 2021 dan akan dijalankan secara offline.

Siaran secara langsung melalui media sosial Facebook dan Youtube hanya akan dimulakan ketika pertandingan sudah memasuki playoff stage.

Hadiah pool bernilai RM2,000.00 akan menjadi rebutan untuk dimenangi oleh semua pasukan yang terlibat.
Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya