Anggota TUDM terkorban dalam tragedi tembakan negatif Covid-19 - Utusan Malaysia

Anggota TUDM terkorban dalam tragedi tembakan negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) kesemua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam tragedi tembakan di Balai Pengawal Skuadron 330 Kem TUDM, Kota Samarahan, semalam adalah negatif Covid-19.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, proses bedah siasat akan dijalankan terhadap seorang daripada empat anggota terbabit di Unit Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kata beliau, sekiranya proses terbabit diselesaikan sebelum pukul 9 malam tadi, berkemungkinan bedah siasat mayat kedua pula akan dilakukan.

“Sekiranya proses terbabit lewat diselesaikan maka bedah siasat akan mayat ke dua akan dilakukan pagi esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam insiden kejadian tembakan yang berlaku di Skuadron 330 Kem TUDM, Kota Samarahan jam 7.15 pagi semalam, empat anggota TUDM maut.

Mereka yang maut ialah Koperal Udara Mohammad Ehsan Sehamat, Koperal Udara Ho Swee Boon berasal dari Bau dan Laskar Udara Kanan Nesly Nabau berasal dari Sibu meninggal dunia di tempat kejadian.

Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli berasal dari Siniawan, Bau, meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah.

Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum bertindak menembak diri sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya