‘Anak-anak belum mengetahui tentang pemergian ibu mereka’- Shuib - Utusan Malaysia

‘Anak-anak belum mengetahui tentang pemergian ibu mereka’- Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu memberitahu dia belum sempat memberitahu anak-anaknya tentang pemergian Isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang dijemput ilahi awal pagi tadi.

Shuib yang ditemui selepas proses pengebumian selesai bekata dia merancang untuk memaklumkan khabar duka itu apabila bertemu anak-anaknya nanti.

“Ketika ini anak-anak saya belum mengetahui tentang pemergian arwah. Saya merancang akan memberitahu mereka, Insya-Allah. Tolong doakan agar urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Pada masa yang sama, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad turut memaklumkan ayah Siti Sarah, Raisuddin Hamzah juga dalam keadaan baik ketika ini.

“Mentua saya okay, Alhamdulillah. Terima kasih kerana mendoakan,” ujarnya.

Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.

Terdahulu, jenazah dikafan dan dimandikan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Penyanyi kesayangan ramai itu menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Allahyarham yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada enam Ogos lalu akibat oksigen dalam badan tidak stabil terpaksa ditidurkan pada Jumaat lalu untuk menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN